web
counter

Jimat Berkahwin dan Bertunang

Gift Kahwin Ads

5 Balas 7 Dulang

Dulang seperti ini adalah mudah lagi praktikal. Dengan persediaan seperti ini, ia dapat kurangkan jumlah dulang hantaran. Since adat letakkan syarat, bilangan dulang kena ganjil dan perempuan punya hantaran kena lebih dua, secara ideal 5 berbalas 7 pun dah memadai. Kalau 3 berbalas 5 nanti macam sikit sangatlah pula.

Dulang Hantaran

1) Boleh anda jimat wang untuk perkahwinan anda tanpa perlu beli banyak-banyak hantaran. Kalau 7 berbalas 9, kan kena beli extra 2 item dari pihak lelaki dan 2 item dari pihak perempuan.

2) Jimatkan duit untuk dulang, kos nak beli/hias/buat 1 dulang adalah lebih kurang RM20, kalau dapat jimat 4 dulang, sudah dapat anda jimat sebanyak RM80 tu.

Isi 2 dulang dengan Al Quran dan Sejadah. Kedua-dua item ini tiada orang yang akan tengok apa jenama tentangnya. Jadi bolehlah anda beli yg biasa-biasa saja pun tak apa.

Lagi balance tu, bolehlah anda letak kasut, baju, tali pinggang, seluar, minyak wangi mahal berjenama sikit (sebab orang dok usha jenama). Yang penting asingkan dulangnya, macam ini sudahlah cukup 7 dulang tu. Itu saja, senang kan?

Selalu saya rasa hairan apa pasal orang dok sibuk tengok jenama. Pada yang nak kawin tu, nanti kalau buat hantaran, anda boleh sorok saja nama jenama tu, mungkin boleh pertimbangkan untuk tampal dengan pelekat, hehe….

Jimat Berkahwin: Tiada Majlis Pertunangan

Salah satu cara yang boleh anda pakai untuk jimat dalam berkahwin anda adalah dengan skip acara bertunang. Bukan apa. Sebab pada zaman ini bertunang pun dah grand bagai, kalau anda merupakan orang kaya dan mempunyai banyak duit untuk belanja atas pertunangan dan perkahwinan anda maka tak jadi masalah.

Tapi bagi mereka yang bukan kaya sangat dan mempunyai bajet yang tegang, jenuh juga lah usahakan untuk buat majlis perkahwinan.

Sekarang ni sudah siap ada khemah dan ada banner, panggil servis katering dan ada pelamin sederhana hiasannya. Siapa lah yang gatai dengan pergi set kan standard macam ni? Jadi apa yang saya cadangkan adalah tak payahlah adakan majlis bertunang.

Bertunang

Macam mana nak kenal hati budi kalau tak bertunang, bukan ker bertunang tu menandakan kita sudah ‘chop’ gadis itu?

Betul, bertunang memang mempunyai tujuan dia sendiri. Apa yang saya sarankan ialah jangan buat Majlis, cukuplah keluarga bertandang sarungkan sebentuk cincin dan makan nasi tengah hari (di mana lauknya boleh jadi special sikit)

Mungkin anda akan rasa tidak seronok lah jika tiada buat majlis, kawan-kawan anda yang lihat memang cantik sangat tengok gambar majlis bertunang mereka, dan anda tidak teringin nak abadikan memori pertunangan macam tu.

Semua kelebihan dan keseronokan datang dengan harga, kalau mampu dan sudah tak sayang dengan duit bolehlah abadikan memori berharga anda ni.

Kalau nak berhabis duit juga untuk memori berharga walaupun tak berapa nak ada duit pun boleh juga. Tapi tak sesuailah membazir untuk yang merancang wang untuk perkara mendatang iaitu majlis perkahwinan dan memulakan kehidupan berumah tangga.

Ada kawan saya buat bertunang sebelum akad, 1 hari saja. Memang terbaik laa. Ceritanya adalah seperti berikut:

Alkisah ni aku nak ceritakan sebab pada aku kisah ni menarik. Mamat ni schoolmate aku juga. Ya, betul dia orang yang datang umah aku hari tu dan aku dengar cerita ni pada masa dia datang umah juga.

Dalam schoolmate aku yang habis form 5 tahun 98 dia lelaki pertama kawan dan aku memang ada pergi majlis kahwin dia. So posting ni berkaitan dengan macam mana mamat ni dapat kahwin awal.

Mamat ni aku panggil Achim, dia kenal bini dia di UTM. Pada masa dekat-dekat nak habis belajar baru Achim ni confident declare yang dia minat dengan bini dia sekarang. Bini dia pun terima.

Achim bagi tahu kalau dia dapat kerja dan dapat saja gaji pertama, dia akan masuk merisik terus. Kata itu kota, dapat kerja dia masuk merisik dan sudah rancang nk kahwin.

Lupa nak sebut yang dia ni anak sulung dalam keluarga dan ayah dia sudah tiada. Bila macam tu situasi dia, pakcik-pakcik semua bagi nasihat typical (yang mana aku sendiri pernah bagi statement ni bila berhadapan dengan situasi yang sama)

”Kerja lah dulu buat 2-3 tahun untuk kumpul duit, bantu adik-adik belajar dan mak puas merasa gaji kita baru la kahwin”

Ni dia mamat ni punya reply atas nasihat tu:

”Dalam 2 -3 tahun tu kami tetap akan berjumpa, mungkin dah berani pegang tangan lepas tu mungkin buat maksiat yang lebih teruk lagi. Pakcik boleh bersumpah tak dosa yang mungkin akan berlaku tu pakcik yang tanggung bagi pihak saya”

Apa lagi, pakcik dia tak sanggup lah dan menyokong perkahwinan itu.

Nak pendekkan cerita, dia guna duit tinggalan arwah bapa dia bahagian dia, dia pinjam duit pakcik dia, pinjam duit adik dia (duit tinggalan arwah bapa dia bahagian adik dia), selamatlah diijabkabulkan. Dah stable kerja, dia buat personal loan bayar semua hutang lump sum.

Dia cerita kepada aku bila dia datang merisik di umah bini dua tu, bakal bapa mertua tu siap tepuk baru, respect dengan keberanian dan kesungguhan dia untuk kahwin dan elak dari maksiat dan dosa. Laa ni dh lama dah steady, dapat 2 orang baby boy dan dah ada rumah sendiri.

Sekian saja cerita ini. Siapa yang nak menikah tu bolehlah guna ayat kat atas tu. Tapi make sure bila dapat kahwin, kalau berhutang tu bayar laa hutang, kalau adik perlukan duit untuk belajar, support la dan bagi juga mak merasa duit kerja bagus. Kahwin bukan benda seberangan, fikir betul-betul dulu sebelum kahwin, especially pasal orang yang kita nak kahwin tu.

Memang boleh anda jimat dengan cara yang disyokkan di sini. Jadi, kepada pasangan yang belum kahwin, bolehlah pertimbangkan untuk gunakan tips yang dikongsikan di sini.

manicure set promotion

Leave a Reply