web
counter

Kenduri Kahwin Jadi Semakin Rumit dan Menyusahkan

Gift Kahwin Ads

Since sekarang merupakan musim bagi keramaian pasangan buat kenduri kendara, saya pun tidak terlepas dari menerima jemputan kahwin. Apapun tahniahlah kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan, semoga kekal berbahagia.

Kepada yang jemput saya tu saya ucapkan terima kasih. Yang mana dekat tu aku boleh la pergi. Tapi bagi jemputan yang agak jauh tu, saya cuma boleh berkirim mesej whatsapp dan ucap tahniah kepada mereka.

barangan kenduri

Saya tak nak bersurah pasal persediaan dan banyak-banyak lagi barang-barang nak kahwin. Kalau nak senarai apa yang perlu untuk persediaan kahwin, boleh lah layan ke post ini untuk rujukan penyediaan perkahwinan. Kalau nak tahu macam mana boleh rancangkan bajet untuk perkahwinan, boleh rujuk ke post ini.

Semua panduan nak kahwin ada kat situ. So entry ni pasal majlis kahwin yang saya pergi untuk Sabtu lepas. Aku ada nampak 1 trend baru, iaitu

1) Makanan Sampingan – Ada 1 lagi booth yang menawarkan makanan sampingan berupa: bubur, kuih bakar melaka, tapai dan juga teh tarik.

2) Makanan tambahan atas Meja – Ada kerepek pisang dan kuih tart jem nenas.

Selaku tetamu memang laa rasa sungguh best sekali. Selain daripada dapat makan nasi minyak, boleh lagi makan bermacam-macam lagi makanan yang disediakan dalam kenduri ini.

Tapi apa yang saya fikir ialah, tidak lama lagi ia akan menjadi satu trend. Maka masa depan bagi mereka yang ingin kahwin, kalau tak ada sediakan apa yang disediakan seperti kenduri ini, maka terasalah macam tak lengkap kenduri kahwin tu.

Kesudahannya nanti, trend baru yang telah diupgrade ini akan jadi standard. Samalah juga macam sarung bunga telur yang sudah jadi lebih mahal dari telur, dan juga paperbag untuk bagi waktu tetamu nak pulang. Ini cuma buktikan satu perkara iaitu: LEBIH BANYAK WANG YANG KENA DIBELANJAKAN UNTUK MAJLIS KAHWIN.

Budaya Baru

Sekarang ni, bertunang pun sudah siap pasang khemah. Lepastu yang ditunangkan, diganding-ganding, ala-ala bersanding kecil-kecilan. Tak tahu apa jenis orang ni. Main ambil mudah saja, jadi kalau bertunang tu buat kecil -kecilan sudah cukup kot?

Dah menjadi budaya baru pula catering makan ala-ala Buffet Hotel. Kekadang tuan rumah sudah sedia basic menu via catering. Trend gotong-royong memasak hampir menjadi mitos. Tetapi mungkin ada sedara/kawan yang nak juga membantu offer hadiah dalam bentuk hidangan tambahan bagi nampak meriah.

Top uplah apa-apa yang patut selagi tidak membebankan tuan rumah. Kalau boleh, tuan rumah buatkan senarai barang-barang atau aktiviti-aktiviti yang perlu sponsorship. Macam kenduri artis-artis. Orang boleh sponsor audio/video, band, pelamin, baju pengantin, andaman, jajan, saguhati penanggah dan lain-lain.

Orang Johor dan Melaka Punya Pasal?

Ada orang yang katakan ini semua orang Johor dan Melaka la punya pasal sebab mereka yang mulakan trend ini. Kalau tak macam mana boleh ada kuih bakar Melaka di meja tu? Tapi tundukan ini macam gurau saja.

Bagi saya kuih-kuih, ais kacang, teh tarik, aiskrim tu tak apa la kalau nak disediakan juga sebab benda ni akan dimakan dan memang saya suka pekena benda-benda ni lepas makan nasi kenduri.

Apa yang boleh jimat?

Kad kahwin, paper bag, dan bunga telur rasanya tak perlu cari yang mahal-mahal sebab memang kesudahannya orang tak akan simpan.

Benda-benda ini memang boleh didapat dengan harga yang murah selagi kita tidak minta untuk dapat yang terlalu mewah punya.

Kita boleh faham juga bahawa biasanya keluarga lakukan tu adalah aatas sebab untuk meraikan pengantin. Di samping juga memudahkan tetamu bawa balik makanan dan gifts serta mengelak fitnah-fitnah jahat yang tidak sepatutnya.

Antara fitnah-fitnah yang biasa terdengar adalah kedekut la, makanan tak sedap, perhiasan ‘cheap’ sangat, dan etc. Sebaiknya majlis dijalankan ikut bajet masing-masing. Kalau kita kahwin majlis bajet habis, jangan kutuk majlis orang lain yang bajet besar dan mampu nak sediakan macam-macam.

Bagi saya, itu adalah tanda keluarga dan pengantin sendiri untuk menghargai pasangan dan keluarga baru mereka. Semua ni terpulang pada diri anda dan lihat macam mana anda menghargai.

Apa yang penting adalah buatlah sesuatu dengan ikhlas, jangan sudah buat lepas tu mengungkit!  Selepas berikan cenderahati. kalau tetamu nak simpan atau buang, itu hak mereka.

Keperluan dan Kehendak

Antara keperluan dan kehendak, antara wajib dan sunat, ramai yang lebih-lebih dalam perkara-perkara sunat. Tapi apa yang wajib adalah akad nikah.

Tapi bagi mereka yang mampu untuk belanja, tiada salahnya juga. Cuma bagi pasangan yang baru kerja terpaksa menanggung hutang hingga beranak pinak. Macam mana boleh mereka melabur dalam hartanah kalau personal loan kahwin pun belum settle lagi?

manicure set promotion

Leave a Reply