web
counter

Penginapan Untuk Tetamu Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Akhirnya anda telah memutuskan bila untuk berkahwin dan tetamu perkahwinan telah dijemput. Tetapi dimanakah tetamu tersebut harus menginap ketika mereka datang ke majlis anda? Walaupun penyediaan tempat penginapan bukan merupakan tanggungjawab pengantin baru, namun untuk tetamu yang datang dari tempat jauh atau luar bandar, sekurang-kurangnya sebagai tuan rumah, anda harus memberi cadangan kepada mereka tentang tempat-tempat penginapan yang ada di sekitar anda.

Pangkor Laut resort

Terdapat banyak jenis tempat penginapan untuk menempatkan tetamu perkahwinan anda. Menempah bilik di hotel merupakan pilihan yang paling biasa kerana hotel wujud di seluruh pelusok dunia dan hotel juga menawarkan pelbagai harga bilik untuk orang ramai. Selain hotel terdapat lagi banyak pilihan penginapan bergantung kepada lokasi dan formaliti perkahwinan anda.

Tempat-tempat Penginapan Yang Unik Untuk Tetamu Perkahwinan

  • Bed & Breakfast

Bed & breakfast merupakan rumah tumpangan yang menawan di mana tetamu boleh menginap di bilik-bilik peribadi dan menikmati sarapan buatan sendiri setiap pagi. Pemilik rumah tumpangan jenis ini juga tinggal di situ. Jadi jika tetamu anda mempunyai apa-apa persoalan, mereka boleh mendapatkan jawapan daripada orang yang mesra yang biasa dengan kawasan itu. Bed and Breakfasts hanya mempunyai beberapa bilik, tetapi mereka tidak semestinya lebih mahal berbanding tinggal di bilik hotel.

  • Homestay

Homestay agak sesuai untuk tetamu perkahwinan anda yang datang sekeluarga. Mereka boleh menginap di sebuah rumah yang biasanya terdiri daripada 3 bilik tidur. Rumah tersebut mempunyai semua barang-barang keperluan kehidupan seharian seperti alat-alat memasak, televisyen, sofa dan lain-lain lagi. Tetamu yang tinggal di situ akan berasa seakan-akan tinggal di rumah sendiri.

homestay

  • Resorts

Penginapan jenis ini biasanya terletak di sekitar tempat rekreasi. Harga untuk bilik resorts agak mahal berbanding dengan hotel. Resorts juga membekalkan makanan dan perkhidmatan lain seperti Wifi, suratkhabar percuma seperti yang terdapat di hotel. Jadi jika anda bercadang untuk menempah bilik jenis resorts untuk tetamu, pastikan ianya hanya untuk tetamu VIP.

Tetamu Perkahwinan Tidak Perlu Bimbang

Jika anda menyediakan maklumat-maklumat lokasi penginapan yang berdekatan dengan majlis perkahwinan anda, maka tetamu jemputan kahwin yang datang dari luar bandar tidak perlu bimbang. Anda juga boleh menyediakan senarai aktiviti-aktiviti yang boleh didapati di bandar tersebut supaya mereka yang datang dari jauh  bukan sahaja untuk menghadiri majlis perkahwinan anda malah boleh mengambil kesempatan untuk melancong dengan seisi keluarga.

manicure set promotion

Leave a Reply