web
counter

Perkahwinan: Proses Perubahan Fasa Hidup

Gift Kahwin Ads

Perkahwinan bertindak sebagai satu keperluan sosial. Ia dibina berlandaskan matlamat perkongsian hidup di anatara dua insan berlainan jantina. Ia merupakan saluran dalam pengaplikasian cinta yang merupakan fitrah manusia. Secara tidak langsung, ia juga membantu untuk mengukuhkan lagi pembinaan proses ketamadunan masyarakat.

perkahwinan pengantin

Hakikat perkahwinan itu sendiri memberikan kesan yang sangat positif kepada perubahan gaya hidup seseorang individu. Ini merupakan satu peralihan fasa hidup ke peringkat yang baru. Perubahan ini merangkumi berbagai aspek.

Tanggung jawab Dalam Perkahwinan

Aspek pertama melibatkan tanggung jawab individu yang terbabit dalam institusi perkahwinan. Jika sebelum berkahwin, tanggungan lebih menjurus kepada diri sendiri. Segala perkara yang dilakukan berkisar kepada kemajuan atau kepuasan seorang individu. Ia tidak melibatkan pihak yang lain. Sebagai contoh, seorang lelaki bujang bekerja sebagai seorang pengurus di jabatan sumber kemanusiaan sebuah syarikat. Sasarannya untuk tempoh tiga bulan yang akan datang adalah untuk membeli sebuah kereta Proton Perdana. Sebagai contoh yang lain, mungkin juga dia bercita-cita untuk memohon cuti agar dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan di dalam percutian di Tokyo, Jepun.

Apabila melangkah ke gerbang perkahwinan, seseorang menghadapi satu fenomena dunia yang baru. Lelaki ataupun suami akan bertindak selaku ketua keluarga secara umumnya. Sebagai ketua yang bijak, berdedikasi dan berkarisma, dia hendaklah memiliki kepintaran dalam membuat keputusan mengenai berbagai perkara terutamanya yang berkaitan dengan ekonomi rumah tangga. Suami harus bertindak selaku pencari nafkah untuk isteri dan juga anak-anak. Keperluan asas yang utama harus dipenuhi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa. Apabila keperluan yang dasar ini dapat dipenuhi, barulah kehendak-kehendak yang lain boleh dipertimbangkan. Bukan sahaja suami, isteri juga mempunyai tugasan dan tanggung jawab yang harus dilaksanakanĀ  terutamanya apabila ia berkaitan dengan kebajikan rumah tangga. Tugasan-tugasan seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya harus dilakukan dari masa ke semasa agar keharmonian dan kemakmuran alam perkahwinan dapat dikecapi.

Perubahan Selepas Perkahwinan

Gaya hidup dan aktiviti-aktiviti seharian seseorang individu itu juga turut berubah apabila menjejaki kaki ke alam perkahwinan. Kebanyakan aktiviti-aktiviti akan dilakukan secara berpasangan selepas kahwin. Ini dapat mengeratkan lagi tali perhubungan dan jalinan kemesraan di antara suami dan isteri. Perkahwinan yang merupakan sebahagian daripada kesempurnaan hidup banyak memberikan impak yang positif kepada suami dan isteri. Sifat kesediaan untuk bertolak ansur serta dasar amalan berlandaskan kepada pemberian dan penerimaan dalam segenap konteks akan dapat dipupuk. Ia akan dapat memberikan keceriaan dan kepuasan kepada minda dan juga emosi kedua-dua belah pihak. Kualiti nilai modal insan juga dapat dikembangkan pada masa yang sama.

Kesimpulannya, institusi perkahwinan adalah pembina tamadun insan. Segala transformasi yang dialami oleh individu terlibat dalam proses ini menyumbang kepada kestabilan dan kemantapan sosial. Sikap tanggung jawab dalam menunaikan kewajipan masing-masing dapat dilahirkan. Generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan dipupuk dari masa ke semasa.

manicure set promotion

Leave a Reply