web
counter

Polisi Insuran Setelah Berkahwin

Gift Kahwin Ads

Insuran adalah satu topik yang harus dibincangkan oleh pengantin baru setelah semua persiapan untuk majlis perkahwinan dilaksanakan sepertiĀ  pemilihan perkhidmatan catering, bunga, cincin perkahwinan, pakaian pengantin, souvenir perkahwinan, jumlah tetamu yang hendak dijemput dan lain-lain lagi. Adalah lebih baik jika pengantin baru dapat membuat pertimbangan untuk mengabungkan insuran secepat mungkin. Artikel ini membincangkan kewujudan diskaun dan manfaat insuran untuk pasangan yang berkahwin.

Great Eastern

Insuran Hayat

Walaupun anda dan pasangan anda mempunyai kehidupan yang perlu diharungi bersama di masa hadapan, insurans hayat wujud untuk memastikan bahawa kualiti hidup dapat dikekalkan walaupun tragedi berlaku. Mendapatkan polisi hayat bersama adalah sangat disyorkan untuk pasangan suami isteri. Ini kerana statistik menunjukkan bahawa bukan semua suami isteri bekerja pada masa yang sama. Ramai isi rumah dimana isteri tidak mempunyai pendapatan kerana hanya sebagai suri rumahtangga dan tinggal di rumah untuk menjaga anak-anak.

Dengan adanya pengabungan insuran, maka si isteri yang berada di rumah juga boleh mendapat perlindungan insuran. Walaupun ramai yang pantang untuk membincangkan isu ini, tetapi jika pasangan baru mempunyai insuran bersama, kehidupan kedua-dua pihak akan lebih terjamin dari segi kewangan jika sesuatu buruk berlaku setelah berkahwin.

Insuran Kesihatan

Berkaitan dengan insuran kesihatan, anda boleh mendapat tawaran yang lebih baik dan murah dengan membeli insuran kesihatan berkumpulan. Pakej keluarga boleh dibeli dan anak-anak pengantin baru juga boleh mendapat perlindungan daripada pakej tersebut. Ini lebih menjimatkan kos berbanding membeli polisi yang berasingan. Bil-bil perubatan adalah sangat mahal pada ketika ini. Oleh itu, insuran kesihatan adalah satu kemestian untuk isi rumah.

ACE insuran

Insuran Rumah

Berpindah ke rumah baru mungkin ialah satu perubahan yang paling besar setelah berkahwin. Kini, suami dan isteri akan hidup bersama di bawah satu bumbung. Rumah yang didiami harus mendapat perlindungan daripada bencana seperti kebakaran, banjir kilat dan lain-lain. Anda harus mendapatkan insuran rumah yang berganda untuk melindungi kepentingan anda dan pasangan anda.

Insuran Kenderaan

Perkahwinan mempunyai kebaikan yang jelas. Kebaikan yang utama ialah anda boleh menghabiskan seluruh masa hidup dengan orang yang anda sayangi. Di samping itu, walaupun tidak begitu menarik, orang yang sudah berkahwin boleh mendapat insuran kenderaan dengan premium yang lebih rendah. Statistik menunjukkan risiko kemalangan menjadi rendah dan ketidak-mampuan untuk membayar ansuran premium insuran jarang berlaku kerana orang yang berkahwin lebih bertanggungjawab dan status kewangan isi rumah juga lebih kukuh.

manicure set promotion

Leave a Reply