web
counter

Punca Kenduri Kahwin Serabut

Gift Kahwin Ads

Kenduri kahwin sepatutnya adalah satu perkara yang sangat menarik dan meriah. Tapi ada beberapa hal yang tanpa kita sedar telah menjadikan majlis kahwin tu serabut.

Betul. Ni aku tak tipu ataupun bergurau sebenarnya. Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya ia boleh mengakibatkan sesuatu majlis perkahwinan tu jadi serabut, Ini pun di atas pengalaman aku yang memang sudah pun bergelumang dalam arena pelamin sebagai pemasang pelamin, dah budak penanggah semasa aku Part Time Catering masa sekolah dulu.

Biasanya kalau sampai masa kenduri kahwin, kita semua boleh nampak ianya akan serabut tang makanan. Selalu macam tu. Dan beberapa contoh yang aku alami sendiri pun banyak melibatkan makanan dan juga catering. Orang Malaysia ni kalau bab makanan, memang mudah melenting, mudah mengamuk. Nasib baik meja tak terbalik je sebab dorang mengamuk. Haha.

Apa yang jadi selalunya?

Ok, yang jadi selalunya adalah seperti makanan kat atas hidangan tu habis dan tak diisi. Keduanya makanan habis. Nampak?? Hahaha. Pantang betul makanan habis kan.

Ok. Sambung balik. Selalunya yang menyebabkan benda ni serabut malah jadi sangat memeningkan adalah kerana campurtangan saudara mara dan adik beradik tuan rumah. Tuan rumah biasanya tak ada apa pun. Biasanya cool je bebeh. Tapi orang lain yang selalunya meroyan seolah-oleh kena sampuk jin Idrus.

Ada juga yang tak kena bila orang-orang catering buat kerja. Tu tak masuk mengkuli batakkan orang catering lagi. Pernah jadi, adik kepada tuan rumah tengking budak catering sebab tak isi lauk kat meja hidangan tu.

Tu tak termasuk mintak Facebook awek catering yang comel dan kenyit-kenyit mata kat dia. Ehh.. ok, ni abaikan.

Okeh. Macam ni lah. Budak-budak catering selalunya dah buat yang sehabis baik. Kadang-kadang banyak perkara yang terjadi di luar jangkaan. Contohnya:

  • Tetamu yang datang melebihi daripada kuota jemputan.
  • Adik beradik tuan rumah dan saudara mara tiba-tiba jadi Bossy. Suruh tambah itu suruh tambah ini.

Ok. Macam ni. Sebenarnya tak perlu pun anda kelam kabut. Bila anda kelam kabut, itu yang menjadikan majlis kenduri kahwin tu jadi begitu serabut. Budak-budak catering biasanya dah tau apa yang mereka perlu lakukan. Mereka sudah dilatih, lainlah kalau anda buat gotong royong masak sendiri hidang sendiri. Tapi bukan dengan budak catering. Mereka semua dah dilatih. Mereka sudah tahu apa nak buat, apa nak tambah.

Bila anda tiba-tiba tak pasal-pasal jadi bos dan suruh itu suruh ini dalam sedar tak sedar anda sudah tambah kerja dan beban mereka. Skop kerja mereka tak pepasal bertimbun. Lepas tu janganlah salahkan mereka pula bila pinggan meja tak berkutip, makanan tak diisi. Sebab anda tak pepasal tambah kerja mereka. Kadang-kadang kerja mengarut pun mereka kena buat. What is That?? This Is Not Funny Okay!

budak catering

Lagi satu, bila tetamu melebihi kuota jemputan, memang makanan dari catering tak cukup. Contoh anda pesan makanan untuk 1000 orang dan anda jemput 2.6 billion tetamu. Apa yang anda expect?? Hahaha. Masa tu memanglah terjadinya keadaan kelam kabut huru hara dan terjerit terpekik. Macam tengah perang pun ada. Haha.

Kalau anda jemput tetamu yang lebih dari kuota, anda sendiri kena lah bersiap sedia untuk beli makanan lebih dekat kedai. Jangan pula anda tempah Masker untuk tetamu-tetamu yang lebih tu. Kang Viral kat Facebook pulak kang. Jangan pulak anda marah dan maki hamun pekerja-pekerja catering, tak ada gunanya. Mereka tak bersalah langsung kot. Bayangkan pekerja catering tu adalah seorang awek berkulit gebu berbibir Pink.. aduhai.. tak sampai hati aku nak tengok dia kena marah. Hati aku rapuh. Mudah rasa kesian tahu.

Jadi, fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah. Perkara-perkara ni yang biasanya menjadikan kenduri kahwin tu jadi serabut. Budak-budak catering tiba-tiba dibebani macam-macam tugasan yang mengarut, adik beradik dan saudara mara tuan rumah meroyan macam-macam dan makanan tak cukup disebabkan jumlah jemputan melebihi makanan yang ditempah. Dan yang selalu meroyan lebih ni… bukan tuan rumah.. hehe

Dan kepada catering pula, sentiasalah menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Bila sudah buat yang terbaik, tetapi tetap kena maki hamun, bersabarlah.. kena kentalkan hati. Sebab bukan semua orang merendah diri. Ramainya adalah manusia-manusia yang angkuh.

Kalau catering tu memang bermasalah.. janganlah maki, tapi nasihat berbaik. Mungkin manusia boleh berubah dengan nasihat yang baik.

manicure set promotion

Leave a Reply