web
counter

Waktu Tengah Belajarlah Sesuai Nak Cari Jodoh

Gift Kahwin Ads

Saya teringat satu peristiwa. Malam tu agak free sikitlah, ajak sorang member lepak KL jalan-jalan cari tempat makan. Biasalah orang bujang malam-malam keluar dengan kawan cari tempat makan,borak-borak. Dalam kereta masa on the way ronda-ronda tu dia buka satu topik. Topik yang kat tajuk entri ni lah.

….

“wan,aku rasa kalau nak cari calon isteri sesuai masa waktu belajar ni”

“eh,kenapa?”

“Yalah, waktu belajar inilah waktu kita masih tiada apa-apa. Waktu ni kau kenal dia seperti mana diri dia,dan dia kenal kau seperti mana diri kau sekarang. Masing-masing belum kerja,belum ada komitmen itu ini. Kiranya kalau dah kahwin,dia kenal kau macamana orangnya sejak waktu belajar,waktu belum ada apa-apa. Kalau dah kerja ke hidup senang ke mungkin perangai yang kita kenal tu tak sama macam yang kita kenal waktu belajar. Yelah,orang dah kerja,lain la sikit”

….

soulmates almas gemelas

Dari satu sudut,ada logiknya. Waktu kita masih tiada apa-apa. So kalau seseorang tu nak terima diri kita pun dia dah tahu siapa kita,latar belakang kehidupan kita macamana sebab boleh tanya rakan-rakan terdekat, keluarga dan lain-lain. Cuma persoalannya, adakah masing-masing sanggup terima seadanya? Waktu susah waktu senang?

Saya lihat pengalaman seseorang yang dah ada calon isteri yang masih belajar di tahun akhir. Kawan saya ni lelaki. Mula-mulanya ok tapi bila kawan saya ada sedikit kesulitan dalam hidup, reaksi si gadis nampak gelisah. Ada sesuatu yang nampak mendesak dalam perhubungan bila kawan saya ceritakan hal dia. Mungkin si gadis terfikir masa depannya tidak cerah bila bakal suaminya bukan dalam keadaan hidup senang? Yelah,siapa yang mahu hidup susah. Ada ke?

Ada orang yang tidak memilih untuk cari jodoh di waktu belajar. Biasanya jenis yang sangat bercita-cita tinggi. Paling tidak dah ada segulung Master dahulu ataupun ingin membina karier dalam bidang yang diceburi. Orang macam ni jenis yang memang mengutamakan kerja dan sangat mengejar target. Wow,nampak gah dan hebat tapi nampak macam tak nak kahwin je. Biasanya mereka ini mahukan perancangan yang tepat dah keadaan diri yang kukuh dulu baru fikirkan hal kahwin. Ala,lelaki kahwin lambat pun boleh lagi cari calon yang muda-muda. 😆

Bila buka topik cari calon pasangan hidup ni sesuai pada waktu belajar,pasti ada yang sudah risau memikirkan dia di tahun akhir namun masih tiada calon lagi. Wanita biasanya,bukan nak ‘gender bias’ tapi realiti. Betul? Ada yang sudah mula risau dan ada juga yang memilih untuk tenang dan percaya jodoh ketentuan Allah itu pasti tiba.

Jodoh dan Perkahwinan

Jodoh dan Perkahwinan

Tapi nak gelabah-gelabah pun macam tak best apa. Perkahwinan adalah sesuatu kehidupan yang mana kita boleh memperbaiki diri,membina hidup yang lebih baik bersama-sama. Bukannya satu fasa bagi menambah beban atau merasa tidak selesa. Sebagai pembaca, apa kata anda pula?

Artikel berkaitan:
Elakkan 4 Perkara Yang Boleh Cetus Pengaduhan antara Pengantin

One Response

  1. Zumal September 14, 2018

Leave a Reply