web
counter

Cara-cara Untuk Membuat Ribbon Bow

Gift Kahwin Ads

Ribbon bow merupakan salah satu kraftangan yang suka dibuat oleh peminat reben. Ia boleh digunakan untuk menghiasai headbands atau untuk dijadikan pin rambut. Ramai juga yang membuat bow dengan menggunakan reben untuk dijahit pada baju atau kasut. Di sini ingin ditunjukkan cara yang ringkas untuk membuat reben bow.

Ribbon Bow Grosgrain

Ribbon Bow Grosgrain

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Ribbon Bow.

Antara bahan-bahan yang perlu disediakan ialah;

  • Reben yang dengan lebar tidak kurang daripada 1 inci. Untuk mendapat ribbon bow yang lebih cantik, anda boleh memilih reben satin polka dot atau reben grosgrain polka dot. Printed satin ribbon ataupun reben satin dengan cetakan gambar juga merupakan satu pilihan yang baik.
  • Mesin Glue panas atau hot glue
  • Gunting
  • Pembaris
  • Mancis Api atau lighter

 

Tutorial Membuat Ribbon Bow

1. Sebagai permulaannya, anda dikehendaki menggunting reben mengikut saiz yang dikehendaki. Pembaris harus digunakan supaya setiap reben yang digunting mempunyai saiz panjang yang sama. Ini boleh mengelakkan anda mendapat ribbon bow yang besar dan kecil nanti. Saiz yang disyorkan ialah 6″ panjang.

2. Setelah reben siap digunting, lipatkannya di center supaya anda mendapat satu garisan di pertengahan reben tersebut.

3. Nyalakan sebatang mancis untuk membakar reben di kedua-dua pangkal reben. Ini untuk mengelakkan reben tercabut keluar. Pastikan anda tidak terbakar jari anda. 🙂

4. Letakkan glue panas di atas garisan tengah yang anda perolehi di langkah no. 2 tadi.

5. Seterusnya, lipat hujung reben supaya lekat pada garisan tengah reben. Ulangi langkah ini untuk hujung yang sebelah lagi. Tekan untuk beberapa saat supaya glue panas tersebut sempat kering. Sampai ke langkah ini, anda akan mendapat reben yang dilipat dengan saiz panjang 3 inci sahaja.

6. Letak lagi satu titik glue panas di pertengahan reben 3 inci itu. Ambil reben tersebut dan tekan dari bahagian tengah kedua belah tepi reben. Di sini, corak ribbon bow sudah mula terhasil.

7. Langkah ke-7, anda menambah sikit glue panas di bahagian pinggang ribbon bow yang terhasil pada langkah-6. Kemudian, lipatkan dan lekatkan sisi bow ke bahagian pinggang tersebut. Ulangi langkah ini untuk kedua-dua sisi bow tersebut. Di sini, ribbon bow sudah hampir siap dibuat.

8. Memotong sekeping reben dengan lebar kira-kira 10mm untuk dijadikan pengikat di bahagian tengah ribbon bow yang siap dibuat. Letakkan sedikit glue panas di bahagian belakang reben bow dan pusing reben tersebut mengeliling seluruh pinggang reben bow. Proses ini membantu memperkukuhkan reben supaya tidak tertanggal.

 P/S: Terima kasih diucapkan kepada Cik Normi kerana sudi membekalkan gambar reben bow yang siap dibuat. Diharap business kraftangan beliau yang menggunakan reben maju dan berjaya.

Sila rujuk video klip di bawah untuk penjelasan yang lebih terperinci. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

manicure set promotion

Leave a Reply