web
counter

Idea Kraftangan Dengan Menggunakan Reben

Gift Kahwin Ads

Di sini, anda akan mendapat banyak idea-idea yang menakjubkan dan tidak dijangka oleh anda sama sekali tentang bagaimana menggunakan reben. Idea-idea ini merangkumi kraftangan menggunakan reben, kraftangan untuk kanak-kanak, projek menggunakan reben dan cara-cara untuk menghiasi, mencipta serta memperindahkan barang-barang anda. Saya merupakan seorang fanatik reben dan saya percaya ramai yang sama. Reben yang terdapat dalam pasaran terdiri daripada banyak jenis  saiz, cetakan, tekstur dan corak. Berikut adalah senarai perkara yang bijak untuk dilakukan dengan menggunakannya. Saya berharap ia serba sedikit dapat memberi ilham kepada anda.

personalized pepper shaker

personalized pepper shaker

Perkara-perkara Yang Boleh Dilakukan Dengan Reben

  • Membuat gelung tali untuk menggantung bingkai gambar anda.
  • Untuk mengikat rambut.
  • Ikat langsir rumah.
  • Mengikat sehelai reben di atas beg luggage anda semasa menaiki kapal terbang unutk makan angin. Ia membantu anda mengenal pasti beg luggage anda.
  • Menggunakannya sebagai tali pinggang.
  • Membuat lubang di atas kad jemputan kahwin dan diikat dengan reben untuk membuatnya unik dan peribadi.
  • Sebagai bookmark.
  • Buat tali penyandang atau lanyard.
  • Menghiasi bingkai gambar.
  • Menghiasi cenderahati perkahwinan.
  • Membuat cekak rambut atau headbands.
  • Pin gelung reben merah jambu pada pakaian atau beg tangan anda untuk menyokong hari kesedaran kanser payudara.
  • Membuat bunga reben dan diikat pada hadiah anda.
  • Diikat pada ekor layang-layang supaya lebih unik dan berwarna-warni!
  • Dijadikan sebagai tali kepada kamera anda.
  • Diikat pada puting bayi supaya tidak jatuh ke lantai apabila puting tersebut terkeluar dari mulut bayi.
  • Membuat kerongsang rambut atau brooch.

Artikel berkaitan:
Cara Yang Baik Untuk Memakai Reben Dalam Perkahwinan

manicure set promotion

Leave a Reply