web
counter

Pelbagai Jenis Reben Dan Penggunaan Mereka

Gift Kahwin Ads

Reben merupakan perhiasan yang ringkas namun mampu menari perhatian banyak pihak yang melihatnya. Reben biasanya menghiasi sesuatu barang yang dianggap istimewa seperti hadiah, cenderahati, sijil dan sebagainya. Reben juga memainkan peranan penting di dalam merasmikan sesuatu majlis.

Terdapat beberapa jenis reben yang biasa digunakan di dalam sesuatu majlis perkahwinan antaranya ialah reben satin, grosgrain dan juga organza. Setiap reben ini mempunyai kegunaan atau kelebihan mereka yang tersendiri.

Reben Satin

ribbon satin 2cm
ribbon satin 2cm

Beli Reben Satin

Reben satin merupakan reben yang lembut yang mempunyai warna yang sangat menarik. Kebiasaannya, reben ini digunakan untuk menghiasi kotak hadiah untuk memaniskan lagi hadiah tersebut. Namun, pada zaman moden ini, penggunaan reben satin ini telah dimodenkan lagi.

ribbon satin with gold edge
ribbon satin with gold edge

Gambar di atas menunjukan reben satin yang biasanya dipakai unutk menghiasi kad undangan perkahwinan. Di situ, ia bukan sahaja bertindak sebagai ejen penghias malah ia bertindak sebagai tali yang mengikat kad tersebut daripada terbuka. Reben tersebut disematkan dengan ‘buckel’ supaya kad itu tidak mudah terbuka.

reben satin polkadot
reben satin polkadot

Reben satin juga boleh digubah menjadi bunga yang sesuai untuk disematkan pada baju pengangar atau pengapit. Selain itu, bunga ini juga boleh menghiasi cenderahati perkahwinan kerana warnanya yang dapat menaikan seri cenderahati tersebut.

Ada juga yang menggubal reben satin ini menjadi bunga mawar yang menghiasi batal, cadar, barang hantaran dan juga cenderahati perkahwinan. Sungguh kreatif dan ia tampak sangat cantik dan elegan. Sesuai bagi mereka yang gemarkan perkahwinan yang berkonsepkan ‘Modern English’.

Reben Grosgrain

Gambar di atas merupaka contoh reben jenis grosgrain. Reben jenis ini sangat sesuai untuk dijadikan tali penggantung tag nama kerana material lebih keras sedikit daripada reben yang berjenis satin.

Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaaan menjual kerongsang yang berbentuk reben, bolehlah menggunakan reben yang berjenis seperti ini kerana ia tahan lasak dan senang dibentuk kerana materialnya yang agak keras. Reben ini juga sesuai untuk digamkan pada kotak-kotak hadiah ataupun cenderahati.

Reben Organza

organza ribbon 20mm
organza ribbon 20mm

Reben jenis ini agak keras dan kejung. Biasanya digunakan untuk digubah menjadi cenderehati perkahwinan yang cantik. Jenis kainnya kelihatan eksklusif dan senang digubah kerana kekerasannya. Gambar dibawah menunjukan contoh gambar-gambar cenderahati perkahwinan yang menggunakan reben organza.

Reben Baldu Logam

ribbon metallic
ribbon metallic

Reben baldu logam(metallic velvet ribbon) dan reben sutera baldu(silk velvet ribbon) yang biasa digunakan adalah material yang diperbuat daripada filamen nilon yang berkualiti tinggi dan dijalani dengan process berterusan ke dalam mesin pencelupan. Semua reben baldu yang kami bekalkan adalah berkualiti tinggi, dalam keadaan yang baik, mempunyai tekstur halus, dan ketahanan luntur yang tinggi untuk menggosok dalam keadaan basah dan kering. Semua reben baldu logam memenuhi piawaian alam sekitar.

Reben Metallic Velvet banyak digunakan dalam bungkusan hadiah, penghiasan bunga, busur, tali beg, tali tas wanita, Solium, menghiasi reben, aksesori pakaian, penutup kepala, bahan pembungkusan, hadiah promosi, mobil tali, tali kad, reben mencetak, alat permainan, kasut, rumah aksesori tekstil, dan sebagainya.

Kesimpulannya, pemilihan sesuatu reben amat penting dalam menjadikan sesuatu barang itu tampak cantik dan mewah. Oleh itu, pastikan barang tertentu bersesuaian dengan reben yang hendak digunakan.

manicure set promotion

6 thoughts on “Pelbagai Jenis Reben Dan Penggunaan Mereka”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top