web counter

Cari Pakej Andaman dan Solekan Yang Murah Dengan Service Yang Bagus

Gift Kahwin Ads

Apa Maksud Andaman dan Solekan?

Hari ini, jarang kita dengar perkataan mengandam atau andaman, tetapi kita biasa dengar adalah “Make Up” atau solekan. Keramaian orang sekarang dengar andaman akan membayangkan kefahaman mereka kepada “Make Up”, dan ia pasti satu perkara yang dilakukan oleh jurusolek! Sesetengah orang mungkin akan bayangkan jurusolek yang berumur tua sebab ramai yang panggil jurusolek tu Mak Andam atau Pak Andam.

andaman

andaman

Sebenarnya, maksud andaman merupakan sesuatu yang berkaitan dengan acara pertunangan dan perkahwinan. Biasanya dalam acara pertunangan atau perkahwinan, terdapat seseorang yang berada di samping Sang Mempelai, orang itu ialah Mak Andam. Walaupun maksud Andaman dan Make Up adalah hampir sama tetapi sebenarnya masih ada perbezaan di antara mereka.

Mengandam

Ia merupakan satu proses yang mencantikkan dan menaikkan taraf seri pengantin perempuan dari segi jasmani dan rohani. Pengantin yang ingin mengandam adalah digalakkan untuk ingati kebesaran Maha Pencipta. Cara yang dilakukan adalah dengan berdoa bersama pembacaan ayat suci Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, diikuti dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sebab ia merupakan fakta yang diketahui umum. Lepas tu, pengantin kena nyatakan bacaan Surah Al-Fatihah dengan suara yang merdu, diikuti dengan ayat tiga Qul dan beristigfar. Bacaan ini dipraktikkan bersama hati dan niat yang tulus ikhlas supaya dia akan dilindungi oleh Tuhan dan menjauhi diri daripada sebarang perbuatan khianat manusia dan ganggguan syaitan.

Jadi, proses mengandam bukan saja beri kecantikan tetapi ia juga memberikan keyakinan diri, meningkatkan ketenangan jiwa, dan membolehkan pengantin tampil sopan dalam bertingkah laku. Pengantin yang tidak berandam boleh dikatakan oleh orang bahawa jiwa mereka akan jadi lebih kosong, perangai akan jadi mudah menggelabah (darah gemuruh) dan tidak senang berada dalam keadaan tenang bagi tingkah laku mereka. Satu lagi kelebihan untuk mengandam adalah ia membuat tetamu berasa lebih terpesona apabila memandang pengantin sungguhpun wajah pengantin mungkin tidak secantik mana tetapi tetamu masih akan menghargai pada kelakuan pengantin yang lemah lembut, tenang, dan sopan.

Semua perbuatan yang dilakukan oleh kita pada dasarnya bergantung kepada keikhlasan hati dan niat kita. Ibu bapa pengantin boleh memberikan pesanan kepada pengantin supaya selalu mengingati kebesaran Nabi Muhammad SAW untuk semua perlakuannya. Di samping ini, pengantin juga perlu mempunyai keyakinan diri bahawa kecantikan dan wajah yang tampil berbeza selepas mengandam boleh dijadikan kurniaan dan kebesaran yang Maha Esa, dan ini bukan kuasa mengandam atau kebolehan Mak Andam. Sebagai manusia, kita cuma berusaha apa yang kita mampu, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.

Solekan

Solekan merupakan satu seni lukisan. Apabila mewarnakannya pengantin patut faham akan cerita dan warna yang digunakannya adalah seiring dengan teknik yang betul. Solekan mempunyai kuasa sihir yang dapat memberi dan membina keyakinan diri bagi pengantin sebab ia boleh menyerlahkan rupa paras yang kemas dan cantik.

Tujuan bagi solekan bukannya untuk mengubah wajah anda menjadi orang lain seperti artis yang dipuja oleh anda, tetapi matlamatnya adalah untuk memberikan satu rupa yang dapat menonjolkan kecantikan anda yang dahulu sampai sekarang dah berada di muka anda. Selain daripada tu, solekan juga boleh menaikkan bentuk hidung bagi pengantin yang mempunyai bentuk hidung yang kurang mancung, menaikkan tulang pipi pengantin supaya dia akan kelihatan lebih muda.

Kosmetik yang sesuai boleh digunakan untuk menyembunyikan kekurangan kulit seseorang. Solekan mata boleh jadi satu proses yang penting sebab apa yang orang kata ‘Dari Mata Bermula Segalanya’. Jadi, upah untuk seorang jurusolek yang berpengalaman menjadi pentinng juga sebab teknik solekannya akan menjadikan anda seseorang yang digemari pada hari perkahwinan anda.

Pakej Andaman dan Solekan

Jika anda sedang mencari pakej andaman, boleh anda kunjungi Bridal2u, terdapat banyak pakej yang diberikan oleh Mak Adaman yang berlainan dan pasti anda akan dapat satu yang anda nak.

Artikel berkaitan:
Cari duit kahwin

manicure set promotion

One Response

  1. nila anggraini January 9, 2015

Leave a Reply

×