web
counter

Kahwin Satu Lagi Keperluan Atau Kehendak

Gift Kahwin Ads

Topik ini merupakan topik yang agak panas. Namun saya beranikan diri kerana apa yang saya tulis ini bukan merujuk kepada diri sendiri. Sasarannya umum dan pasti diminati oleh ramai suami namun digeruni oleh ramai isteri. Nampak tak saya nak bermain sentimen emosi dalam artikel ini. Diharap jangan sentap dan jangan pula kecam pandangan saya.

Tujuan Utama Untuk Kita Berkahwin

Tujuan utama perkahwinan adalah untuk tiga perkara, iaitu ketenangan, rahmat dan kasih sayang antara lelaki dan wanita dari Allah SWT. Jika salah satu daripada tiga perkara ini kena sangkut atau tersasar maka tujuan perkahwinan ini tidak akan dapat kesampaian.

Kalau begitu, bagus bagi sepasang kekasih kahwin cuma untuk seronok-seronok, suka-suka atau cuba-cuba antara pasangan yang bersetuju berbuat demikian. Pendek kata kahwin  adalah dengan tujuan untuk mendapatkan apa yang kita tiada dan begitu juga dengan pasangan kita. Baik bersifat material atau pun yang …….(sambung sendiri}

kehendak berkahwin

Bila sudah dapat apa yang  kita nak, terfikir pula kita dengan perkara yang lain pula. Andainya ada cara pemikiran demikian saya sarankan lebih baik jangan bercakap tentang perkahwinan langsung. Ingatlah bahawa perkahwinan adalah komitmen untuk sepanjang hayat dan ikatan kepada pasangan kita itu perlu terus berlangsung sampai ke Jannah.

Dalam Keadaan Apa Boleh Kahwin Satu Lagi?

Berbalik kepada tajuk penulisan artikel ini. Memang benar jika kahwin satu lagi menjadi keperluan jika isteri sedia ada mempunyai masalah kesihatan yang sukar untuk sembuh selama-lamanya atau si suami ada keinginan nafsu yang besar tetapi tidak mampu diatasi oleh pasangan isteri yang sedia ada.

Perancangan Allah adalah sangat cantik dan tepat. Rezeki yang dkirimkan olehNya tidak mungkin hantar ke alamat yang salah. Sebab itu dengan kurniaan rezeki yang melimpah ruah dan tak habis makan tujuh keturunan wajar dikongsikan dalam keluarga yang besar.

Bahasa mudahnya kahwin satu lagi dengan kebenaran mahkamah serta restu isteri pertama. In shaa Allah keluarga bahagia akan tercapai secara total. Siapa kata kahwin dua,tiga atau empat tak best.

Yang pasti insan terpilih ini bukan calang-calang. Beliau adalah suami yang adil, romantik dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Kata-katanya penuh berhikmah dan nada emosi penuh motivasi.

Para wanita yang memandang mereka segera teringat kepada Allah SWT. Lantas dalam hati mereka, berdoa agar disatukan dengan insan yang bakal menjadi imam kepada mereka di dunia dan akhirat.

Bagaimana pula kahwin satu lagi sebagai kehendak. Yang ini memang sah tak elok dan jangan dibanggakan. Mereka kahwin lebih kerana ingin dikatakan hebat, bergaya dan terer. Dalam erti kata lain kahwin lebih untuk manusia semata-mata.

Pendapatan mereka pula sekadar mencukupi untuk satu keluarga. Kualiti solat tidak terjaga malah hati dan fikiran asyik fikir dunia ana yang punya.

Nafsu untuk kahwin lebih, sentiasa membara namun keinginan untuk menjana pendapatan luar biasa sekadar suam-suam suku. Kategori ini saya letakkan kahwin satu lagi kerana kehendak.

Pandangan saya tentang kahwin satu lagi antara keperluan atau kehendak ini bukan ilmiah. Boleh diperdebatkan  jika sudi berbuat demikian. Saya cuma menyatakan pandangan asas bahawa kehidupan ini merupakan satu pengembaraan misteri ke dalam tiga perkara utama, iaitu rezeki, jodoh dan ajal.

Soal ajal amat misteri kerana kita tidak pasti. Mungkin esok atau lusa ataupun selepas mencarum dalam takaful dengan seseorang ejen.

Jangan malu dan jangan segan. Perkhidmatan yang ejen takaful sediakan adalah profesional. Oleh itu jangan ragu-ragu kerana ejen itu tidak kisah siapa anda waima lelaki biasa atau wanita biasa-biasa sahaja.

Sebab  ada juga orang yang ikhlas untuk membantu anda menikmati pengembaraan kehidupan ini dengan ketenangan fikiran biar apapun risiko bakal mendatang. Bersyukur diberi nikmat.

Sebaliknya jika kita diuji dengan perkara yang tidak diingini sekalipun, kita perlu bersabar dan hendak la tenangkan fikiran kerana kita sudah bersedia dengan pelan perlindungan sama ada untuk  kematian, kemalangan dan penyakit kronik.

Bagi sesetengah orang, kahwin satu lagi tu merupakan kehendak dan bukan lagi keperluan (melainkan kalau si lelaki memang betul-betul nak menolong perempuan yang dia kahwini tu). Tapi kalau mampu dari segi nafkah dan juga tanggungjawab, soal keperluan atau kehendak tidak perlu diperdebatkan.

Serah Kepada Takdir dan Jodoh

Untuk memudahkan pemikiran, bolehlah terserah perkara ini kepada takdir dan jodoh. Pasangan perlu memahami satu sama lain dan susah senang sama-sama. Selepas kahwin perlu sentiasa bahu-membahu dalam melayari kehidupan berumah tangga. Jadi tak semestinya kahwin lebih dari satu atas tujuan tuntutan nafsu saja semata-mata..

Kalau nak kahwin lebih dari satu kena fikir dengan betul-betul. Sebab kadang-kadang ianya bukan hanya melibatkan anda seorang. Ia mungkin akan mempengaruhi anak-anakk atau orang lain (kalau ada anak). Sebab pasal kahwin ni dia jangka panjang bukan untuk seronok satu malam saja.

Jadi kenalah fikir dengan betul-betul dan pertimbangkan pelbagai aspek seperti tanggungjawab dan nafkah serta persediaan yang tidak dijangka pada masa depan seperti pelan perlindungan, wang simpanan, dan lain-lain.

Sekarang nak cari jodoh bukan satu perkara yang susah. Dengan munculnya media sosial pun cukup sebagai sumber utama untuk dapat calon isteri.

Kalau nak kahwin lagi satu sediakan paper yang akan dijadikan bukti suami tak abaikan rumah tangga. Nampak mengada tapi wanita atau isteri perlu tahu hak mereka. Kalau wanita sendiri buat sambil lewa hak wanita apatah lagi lelaki. Zaman sekarang tak sama macam dulu sebab dulu wanita ramai jadi suri rumah sahaja.

Satu cadangan yang bernas dan itulah yang sepatutnya. Boleh hibahkan harta menjadi 50% atau yang sewajarnya agar kebajikan waris terpelihara dan keadilan yang berterusan.

manicure set promotion

Leave a Reply