web
counter

Pelamin Fantasia 2015 with Renown Gift

Gift Kahwin Ads

Peluang dan kesempatan untuk lebih dikenali memang sentiasa menjadi impian Renown Gift. Lantaran itu, peluang yang dihulurkan pihak Astro melalui program Pelamin Fantasia sebagai penaja cenderahati (doorgift), bagi majlis perkahwinan pemenang Pelamin Fantasia musim pertama ini, disahut dengan jawapan yang positif, YA kami bersedia!

pelamin fantasia cenderahati syawal fiqa

Segalanya bermula dengan sokongan dan testimonial para pelanggan kami jua. Sejak 2010, kami telah memenuhi impian doorgift lebih 4000 pasangan dan tentunya telah mengukir senyuman dan memberikan kenangan manis kepada ribuan lagi para hadirin yang memenuhi jemputan majlis perkahwinan. Dengan melebihi 196 ribu ‘like’ di Facebook rasmi kami (May 2015), mungkin inilah yang membuka mata pihak produksi Pelamin Fantasia untuk mempelawa kami sebagai penaja bagi doorgift pada majlis perkahwinan pemenang Pelamin Fantasia musim pertama yang diadakan pada 13 Jun 2015 itu.

Permulaan Takdir Dengan Pelamin Fantasia

Tanggal 12 May 2015, rutin harian kami adalah seperti biasa. Namun satu panggilan yang diterima kira-kira jam 11.30 pagi rupa-rupanya memberikan impak yang besar kepada Renown Gift. Panggilan tersebut datangnya daripada Cik Nurhazwani Abd Razak, selaku Penolong Penerbit rancangan Astro Pelamin Fantasia. Beliau telah menyatakan hasrat dan permintaan pihak Astro Pelamin Fantasia untuk mendapat tajaan doorgift daripada Renown Gift. Setelah perbincangan dalaman diadakan diantara ahli Renown Gift, kami telah bersetuju untuk menaja bagi program ini selepas perbincangan lanjut diadakan.

Susulan daripada panggilan tersebut, keesokkannya wakil produksi Astro Pelamin Fantasia telah sudi berkunjung ke bilik pameran kami di Platinum Walk, Danau Kota untuk melihat dan berbincang lebih lanjut tentang penajaan ini. Kami telah mencadangkan beberapa item sebagai pilihan kepada pihak produksi. Kuantiti yang kami persetujui ialah sebanyak 1500 unit doorgift. Pihak wakil produksi telah pulang dahulu dengan contoh doorgift sebelum memberikan kata putus pilihan mereka.

Penanja Door Gift Rasmi

Pada 15 May 2015, secara rasminya pihak Astro Pelamin Fantasia telah bersetuju untuk mengambil Renown Gift sebagai penaja rasmi doorgift bagi majlis gilang gemilang perkahwinan pemenang Pelamin Fantasia kelak. Setelah perbincangan dengan perunding perkahwinan, Rizalman Ibrahim yang juga salah seorang juri bagi siaran Pelamin Fantasia, pihak Astro telah bersetuju untuk memilih Europe Glass with Lavender sebagai doorgift bagi majlis itu kelak. Seterusnya diadakan perbincangan mengenai pilihan warna dan riben untuk memenuhi tema pemenang Pelamin Fantasia kelak. Memandangkan tempoh yang agak suntuk, kami perlu juga menyusun kembali jadual bahagian handcraft kami untuk memenuhi tempahan tajaan ini. Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu masalah besar kerana tenaga profesional kami telah terbiasa dengan situasi seperti ini sambil tetap menghasilkan doorgift yang terbaik buat para pelanggan kami.

Bagi memenuhi perancangan pihak produksi Astro Pelamin Fantasia sebagai sebuah rancangan realiti, satu sesi rakaman di antara pemenang musim pertama Astro Pelamin Fantasia di bilik pameran Renown Gift telah diadakan pada 22 May 2015. Wakil Renown Gift ialah saudara Mohamad Faizal, Pengurus Stor Renown Gift. Manakala bagi pihak Astro Pelamin Fantasia pula, tentunya pemenang atau bakal pengantin iaitu Syawal dan Fiqa. Sesi penggambaran berjalan lancar dan selesai dalam masa sejam sahaja. Bagi kami, peluang muncul di kaca televisyen dan menjadi tontonan jutaan rakyat Malaysia adalah satu peluang terbaik untuk memperkenalkan Renown Gift kepada semua. Namun kami juga terpaksa merahsiakan siapa pemenang Astro Pelamin Fantasia memandangkan penonton hanya akan mengetahui siapa pemenang hanya pada siaran pada 7 Jun nanti.

Bermula 9 Jun, seperti dijadualkan, kami mula membuat 1500 unit Europe Glass with Lavender ini. Untuk makluman, untuk menyiapkan satu unit Europe Glass with Lavender ini, ianya melibatkan 10 langkah tertentu yang perlu diikuti. Bermula daripada memeriksa kualiti gelas yang baik, tiada retak atau pecah hinggalah kepada pembungkusan kami lakukan dengan teliti. Bukan sahaja untuk tujuan tajaan ini, malahan inilah rutin biasa kami bagi setiap pelanggan kami.

Penanjaan 1500 unit Europe Glass

1500 unit Europe Glass with Lavender siap sepenuhnya pada 10 Jun. Manakala seperti dijanjikan, pada 11 Jun, Cik Nurhazwani telah datang sendiri untuk mengambil doorgift tersebut dan terus dihantar ke Dewan A, MAEPS, Serdang dimana lokasi akan diadakan majlis perkahwinan Syawal dan Fiqa, pemenang Astro Pelamin Fantasia 2015.

Majlis yang dinantikan pada 13 Jun dan disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Ria dan Astro Maya HD. Kami sangat berbesar hati untuk memenuhi jemputan bagi sama-sama meraikan kedua mempelai. Dengan dewan yang dihias indah, sudah menggambarkan betapa majlis berlangsung dalam suasana gilang gemilang dan meninggalkan memori indah kepada semua.

Bermula dengan acara karpet Pelamin Fantasia pada jam 7.30 malam, para tetamu telah diraikan kehadiran mereka dan seterusnya mengambil tempat di dalam dewan. Tetamu telah disajikan dengan makan malam oleh Kelantan Delight.

Jam 9.00 malam merupakan saat yang dinantikan oleh semua. Di dalam dewan kami menjadi saksi kepada upacara akad nikah diantara Syawal dan Fiqa. Pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Pernikahan, Perceraian dan Rujuk Selangor, Haji Aluwi Parman disaksikan oleh juri Pelamin Fantasia, Datuk Rosyam Nor, Imam Muda Asyraf dan berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Ma Hassan Ismail. Acara ini juga disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Selesai upacara akad nikah, majlis persandingan diadakan di atas pelamin indah. Pasangan raja sehari dan tetamu yang hadir juga dihiburkan oleh nyanyian para artis antaranya Humood Alkhudher, Ewal & Indah, Sabhi Sadhi, Akim & The Majistret, Alyah, Jaclyn Victor, Rabbani, Haziq AF, Farhan AF, Keroncong Band, Azwan AF dan Muna AF.

Majlis selesai kira-kira jam 11 malam. Tentunya meninggalkan memori dan kenangan manis kepada pasangan pengantin serta tetamu yang hadir. Malah tidak dinafikan, mereka yang menonton di kaca televisyen juga merestui perkahwinan Syawal dan Fiqa, pemenang Astro Pelamin Fantasia ini. Dan semestinya kami sangat berbangga kerana Renown Gift juga terlibat secara langsung di dalam majlis bersejarah ini. Semoga doorgift yang dibawa pulang oleh para tetamu pada malam tersebut, menjadi ingatan kepada majlis perkahwinan gilang-gemilang Astro Pelamin Fantasia 2015.

manicure set promotion

Leave a Reply