web
counter

Penyediaan Checklist Kahwin Sebelum Berkahwin

Gift Kahwin Ads

Senarai checklist kahwin untuk perancangan perkahwinan demi hari kebesaran anda adalah amat penting sekali. Tanpa mengira sama ada anda menyewa seorang perancang perkahwinan untuk membantu menganjurkan hari perkahwinan anda, anda perlu senarai checklist yang baik untuk memastikan bahawa walaupun butiran terkecil akan diuruskan dan dalam bajet.

Terdapat begitu banyak perkara yang perlu dilakukan ketika anda merancangkan hari perkahwinan anda dan mempunyai checklist perkahwinan pasti akan menjadi salah satu keutamaan anda.

checklist kahwin

Senarai checklist kahwin anda adalah untuk perancangan perkahwinan anda seperti apa pakaian untuk pakai pada hari perkahwinan dan sebagainya. Ia akan membuat anda merancang perkahwinan anda dengan teratur tanpa kelam kabut.

Tidak kira sama ada anda ada upah seseorang perancang perkahwinan atau tidak, anda masih memerlukan checklist kahwin yang baik supaya anda dapat memastikan butiran terperinci akan dilakukan tepat pada masanya dan di bawah bajet.

Mengadakan perkahwinan pada dasarnya adalah situasi perancangan acara di mana anda kena buat tepat dalam sama dan dalam kawalan bajet. Terdapat begitu banyak perkara yang perlu dilakukan ketika merancang hari kebesaran anda. Dan mempunyai satu checklist kahwin pasti menjadi salah satu perkara keutamaan anda.

Pastikan Anda Dapat Checklist Yang Sempurna

Satu checklist perkahwinan yang sempurna akan menyertakan pilihan tarikh dan pilihan dewan. Anda juga mungkin memilih untuk membuat perkahwinan anda di luar rumah, yang akan melibatkan pelbagai jenis senarai pernikahan yang berlainan.

Daripada mencari tempat di mana untuk mengadakan jamuan anda selepas upacara, anda akan melihat syarikat-syarikat yang mendirikan khemah marquee besar di luar. Kecuali anda menyewa dewan yang menyediakan segala-galanya untuk perkahwinan anda. Selain daripada itu, anda juga perlu memikirkan penyewaan meja dan kerusi, membuat pengaturan bunga, mencari katering dan memilih sama ada band atau DJ untuk perayaan perkahwinan.

Perancangan acara bukan senang. Ia memerlukan banyak masa untuk bertemu dengan orang yang betul, mencuba baju pengantin, menyemak ruang dan dewan yang berlainan, merasakan pelbagai menu untuk memilih makanan yang tepat. Semua ni perlukan masa untuk uruskan.

Jika anda tidak mempunyai checklist perkahwinan yang baik, anda akan menjadi mudah untuk belanja dengan lebih daripada bajet yang anda sediakan. Itu benar-benar perkara terakhir yang anda mahu ia berlaku. Perbelanjaan perkahwinan boleh naik dengan cepat jika tidak dikawal dengan baik. Jadi selalu memeriksa adalah penting jika anda tidak mahu memulakan hidup anda dengan hutang yang banyak.

Sebelum anda membuat pesanan di mana-mana katering, dewan atau pemuzik, anda perlu mencari senarai perkahwinan yang baik. Atau anda perlu mengupah seorang perancang perkahwinan yang akan membuat senarai untuk anda.

Apa Yang Patut Terkandung Dalam Checklist Kahwin?

Checklist kahwin yang baik akan termasuk pilihan tarikh dan tempat perkahwinan. Selain daripada tu, anda juga kena pastikan semua perkara yang perlu disediakan dalam perkahwinan ada terliput dalam senarai.

Antaranya termasuk hadir kursus kahwin, tentukan tema perkahwinan, cetakan kad kahwin, tempahan videografi & jurufoto, penyewaan dewan, meja & kerusi, pembelian cenderahati perkahwinan(door gift), mencari katering, memilih DJ untuk perayaan perkahwinan dan banyak lagi.

Checklist adalah cara terbaik untuk mengesan semua perkara-perkara penting sebelum mengadakan perkahwinan. Jika anda merancang untuk mengupah seorang perancang acara perkahwinan(wedding planner), pastikan anda upah seseorang yang mempunyai senarai perkahwinan yang siap sedia, sebab dengan itu kita boleh tahu dialah seorang yang profesional dalam bidang tu.

Senarai Yang Memudahkan Semua Proses

Checklist kahwin akan dapat membantu mudahkan semua perkara dan acara merancang untuk perkahwinan anda. Jadi pastikan anda mempunyai checklist sempurna yang boleh membantu anda supaya tidak lupa apa-apa yang penting bagi hari istimewa anda.

Checklist adalah sesuatu yang akan anda peroleh sewaktu merancang perkahwinan anda. Ia akan mencatatkan segala-galanya untuk anda seperti masa pengantin anda muncul di rumah anda pada hari perkahwinan, kek perkahwinan anda yang perlu disediakan dalam dewan dan sebagainya.

Jika anda berjumpa dengan seorang perancang acara yang tidak mempunyai checklist kahwin padanya, lebih baik anda pergi upah orang lain yang ada. Senarai semakan akan membantu anda merancangkan acara untuk hari yang anda tidak akan lupa. Jadi pastikan anda mempunyai senarai yang betul, supaya anda tidak lupa apa-apa yang penting untuk hari istimewa itu.

Dapatkan Checklist Kahwin Untuk Membantu Rancangan Perkahwinan Anda

Untuk membantu perancangan kahwin anda, kami ada menyediakan satu senarai untuk menyenangkan keseluruhan kerja anda.

Dalam dokumen ini, semuanya ada 9 muka surat dan ia utamanya dibahagi kepada empat bahagian syarat-syarat untuk perkahwinan, perkara yang perlu dilakukan sebelum perkahwinan, jadual baget untuk semua pembelanjaan, dan jadual perancangan 8 bulan sebelum perkahwinan sampai hari kebesaran anda.

Jadi jika anda mendapat kesusahan untuk merancangkan perkahwinan anda, boleh anda muat turun di sini untuk dapatkan checklist kahwin untuk membantu anda menyenangkan kerja perancangan.

Contoh Checklist Perkahwinan
Muka surat pertama
checklist kahwin

Muat turun dalam format PDF

manicure set promotion

One Response

  1. Anju June 24, 2015

Leave a Reply